Posted by
Insan BerHati Kecil
Ratuku..
Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga keguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
Ratuku
kebimbanganku ini
masih menebal
apabila kudengar
dengungan kumbang-kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu
Ratuku
kebimbanganku ini bertambah lagi
bila ku melihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikkannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
aku terpinga-pinga
wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang kulihat
hari ini
semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan
tibanya
musim luruh
Ratuku
bukanlah kuharap
kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari
antara sofa dan marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukan Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'shah
bukan juga Rabiatul Adawiyyah
wanita suci terpuji
kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati ointu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
dapat kembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku
esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan
ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu
Ratuku
aku bukanlah memandang kecantikkanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik
memandangnya
Tapi
bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum lega
kerana akan ku temui
ratu yang diredha Illahi
1 comments:
Adakah bunga yang telah melakukan kesilapan, kesalahan, sehingga memusnahkan kelopaknya sendiri akan diterima semula oleh kumbang lain yang baru mengenali bunga yg dah rosak?..adakah peluang kembali bunga tersebut menunggu kekasihnya di pintu syurga?.....
Post a Comment