Muhasabah Hati - Puisi Yang Tak Bernama

"Ya Allah ya Tuhanku,sesungguhny aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat,hati yang tidak khusyuk,doa yang tidak dimakhbul & amalan yang tidak diterima"

ya ALLAH,
Aku insan dan hambaMu yang lemah dan tidak berdaya.
Kau kuatkanlah hatiku dalam menempuh ujian yang saban hari,saban detik yang tidak puts2 ini..
sedih rasa hati ini..tapi,aku mengharapkan maghfirah dariMu ya Allah...
kuatkan kesabaranku pada saat ini.. berat terasa bebanan di bahu mahu menanggung masalah2 dan tanggungjawab yang makin bertambah.. tetapi, sesungguhnya aku tahu,ini adalah tarbiyah dari MU supaya aku menjadi insan yang tabah dan cekal dalam menghadapi hidup ini..

ya Allah,
Kau tenangkanlah hatiku,
hati kedua ibubapaku,
rungkaikanlah masalah2 yang menghimpit aku di saat ini dengan petunjuk dan hidayah dari Mu..
peliharalah kami, hamba2 yang ingin berjuang di jalanMu ini..
terasa perit di kerongkong,
terasa sakit di dada,
tetapi, inilah sebenarnya kehidupan..

'adakah kamu mengatakan bahawa kamu beriman selagi mana kamu belum di uji'..
keyakinanku pada 'ayat' Mu ini ya Allah,menguatkankan lagi diri yang kerdil ini untuk meneruskan kehidupan di dunia persinggahan ini...
terima kasih dan aku bersyukur atas segala nikmat yang sentiasa Kau limpahkan untuk aku dan keluargaku..sampai saat ini,aku masih mengakui bahawa, nikmat iman dan islam adalah yang paling berharga dan yang paling aku dambakan saban waktu..
jika kehilangan keduanya,aku tidak tahu apa yang akan aku lakukan bila di uji sebegini hebat...

ya Allah,
Kau yang menciptakan aku dan hanya Kau sahaja yang memahami diri ini..
sesungguhnya,pengetahuanMu meliputi setiap zarah2 dan atom2 yang sentiasa bergeseran dan berlanggaran antara satu sama lain..

kurniakanlah ya Allah bagi ku kekuatan...
sesungguhnya, aku mendambakannya..

 

beri aku kekuatan

5 comments:

Ya Allah,sungguh tersentuh membaca doa ini.. keluar air mata ana bila menghayatinya.. Bersabarlah atas sgala ujian yg Allah berikan..
Sesungguhnya Allah menghujani ujian berdasar akan kemampuan hamba-NYA.. bersabarlah wahai mujahid Islam.. dirimu bakal pemuda syurga.. JANJI ALLAH ITU PASTI.. ana doakan anta sentiasa dilimpahkan keredhaan serta nikmat trhadap anta dan keluarga.. Amin Ya Robbal A'lamin..

Amin Ya Robbal A'lamin..

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan..moga hdup kamu sentiasa dirahmati olehNya..

Amin...

blog yg bagus dan menyentuh hati... berkarya terus ya

Post a Comment

“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him.

And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him.

And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”

Pengunjung ke

Followers

Live Traffic

You are from

You are From :
What's my ip address, create your own visitors IP image
get yours here

Anda diperhatikan